31 July, 2025
Sesi Penyerahan Zakat Perniagaan AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun 2024 yang telah diadakan pada 31 Julai 2025 di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur.
Lafaz akad serahan Zakat tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Shafik Badaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif ARIM dan Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, disaksikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad dan Yang Berusaha Encik Mohd Razlan Mohamed, Pengerusi ARIM.