GENERAL LINE : +603 2332 5200
News - Amanahraya Investment Management Sdn Bhd

31 Julai, 2024

Bagan Serai, Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan anak syarikatnya AmanahRaya Trustees Berhad, AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd. dan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program CSR ‘Jom Pakat Pi Bendang’ dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang.

Kumpulan AmanahRaya menerusi Yayasan AmanahRaya telah memberikan sumbangan peralatan yang dapat membantu aktiviti penanaman padi kepada enam puluh (60) orang pesawah seperti pam air mudah alih, mesin pemotong rumput, rumah burung hantu juga input pertanian dalam bentuk baja dan racun rumpai.’

Selain itu juga,beberapa aktiviti lain juga turut dilaksanakan bagi memupuk nilai murni dalam kalangan sukarelawan Kumpulan AmanahRaya. Antara aktiviti tersebut adalah gotong-royong pembersihan batas sawah dan kawasan tali air, penyediaan juadah tradisional masyarakat Banjar, iaitu Wadai Kipeng dan sebagainya. Turut diadakan juga permainan sukan rakyat antaranya ‘kejar itik’ dan ‘panjat tiang pinang’, aktiviti potong rumput, mengumpan tikus dan memasang rumah burung hantu bersama komuniti Parit Haji Ali (B).

A Proud Subsidiary of Amanah Raya Berhad

Amanah Raya Berhad is Malaysia’s premier trustee company owned by the Minister of Finance Incorporated. With a century-long legacy dating back to 1 May 1921, Amanah Raya Berhad has served our nation for 100 years. They are the market leader in providing Trust, Estate Administration, Will Writing, and Custody Services.